PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. KAEDAH SHARE N TURN 1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru 2. Duduk dengan kawan atau kumpulan 3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam. - A ke B - B ke C - C ke D. - D ke A atau - Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea 2. KAEDAH THINK PAIR SHARE 1. Berfikir sendirian 2. Bercakap dengan rakan berdua 3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya. 4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru) 3. KAEDAH GALLERY WALK 1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari) 2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru. 3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain. 4. KAEDAH RALLAY ROBIN 1. Guru menyoal atau bertanya pelajar. 2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja. 3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan. 5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING 1. Meminta pelajar menulis soalan dikad 2. Jawapan ditulis dibelakang. 3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar 4. Menyerahkan kepada pelajar 5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan. 6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal. 7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut. 8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab. 6. KAEDAH IDEA RUSH 1. Fikir apa yang guru soal 2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat 3. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan 4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik 7. KAEDAH FAN N PICK 1. Duduk dalam kumpulan. 2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri - Cth 1-2-3-4 3. Tunggu guru memberi kad 4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan. No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2 No.2: menjawab solan No.3 : menilai jawapan betul atau salah No.4. Merumus jawapan tersebut Semoga bermanfaat untuk rakan guru melaksanakan Kaedah Pembelajaran Abad Ke 21 - PAK21 Pembelajaran Masteri
Aktiviti masteri atau kejayaan pasukan adalah hak dan tanggungjawab bersama (pelajar berpencapaian tinggi perlu membimbing pelajar dalam pasukan). Aktiviti (jigsaw) di mana setiap ahli pasukan mempunyai akauntabiliti dalam penguasaan pembelajaran. Pelajar perlu diberi cukup masa untuk menguasai sesuatu kemahiran atau isi kandungan. Dalam aktiviti ini, setiap pasukan dan ahlinya dianggap ‘expert’ bagi topic atau subtopic khusus yang diberi. JIGSAW Langkah 1: Pelajar diminta membentuk pasukan berempat yang bersifat heterogen. Setiap ahli diberi nombor 1 hingga 4. Langkah 2: Setiap pasukan diberi kad tugasan serta bahan resos yang berbeza. Ahli berbincang untuk memahami bersama tugasan yang diberi. Bimbingan (coaching) dijalankan sehingga setiap ahli menguasai tugasan dengan baik melalui perincangan, kuiz, soal jawab dan sebagainya. Langkah 3: Pelajar diarahkan bergerak ke pasukan lain mengikut nombor yang diberi kepada mereka. Contoh: Semua ahli pasukan: bernombor 1 akan berkumpul pada meja pertama untuk membentuk Pasukan A: bernombor 2 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk Pasukan B. bernombor 3 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk Pasukan C. bernombor 4 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk Pasukan D ahli pasukan yang bergerak dianggap “expert” bagi topik khusus yang diberi. Contoh: Ahli no.1 pasukan A “expert” bagi topic mamalia Ahli no.2 pasukan B “expert” bagi topic reptelia Ahli no.3 pasukan C “expert” bagi topic amfibia Ahli no.4 pasukan D “expert” bagi topic ikan Langkah 4 “expert’ setiap pasukan akan menerangkan kepada ahli-ahli lain tentang topic khusus yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Langkah 5 Peserta balik ke pasukan asal dan berkongsi maklumat yang diperoleh tadi dengan ahli kumpulan asasl mereka. NUMBERED HEADS TOGETHER Langkah 1 Pelajar-pelajar diminta membentuk pasukan heterogen berempat.setiap ahli diberi nombor 1 hingga 4. Langkah 2 Guru mengemukakan soalan atau menyatakan masalah menggunakan kad tugasan. Pelajar berbincang dan menyelesaikan masalah bersama dalam pasukan sendiri. Langkah 3 Guru memanggil satu nombor secara rawak. Ahli bernombor yang dipanggil dari setiap pasukan bangun untuk berkongsi jawapan dengan yag lain. Langkah 4 Langkah 2 dan 3 diulang semula. THINKING SKILLS Aktiviti-aktiviti dalam ‘thinking skills’ ini menggalakkan pelajar-pelajar menggyunakan kemahiran berfikir aras tinggi (high Order Thinking Skills)-HOT.Pada hakikatnya ia tidak mementingkankandungan tetapi membentuk pemikiran untuk menyelesaikan masalah, mensintesis beberapas idea dan mencipta idea baru yang berkaitan dengan masalah. FAN – N – PICK Langkah 1: Pelajar-pelajar membentuk pasukan heregon berempat dan memberikan nombor kepada diri sendiri daripada nombor 1 hingga 4. Guru mengedarkan kad fan – n – pick kepada setiap pasukan. Setiap kad bertulis mana-mana nombor antara 1 hingga 10 di belakang kad. Guru juga mengedarkan satu set soalan (sebanyak 10 soalan setiap set) kepada setiap pasukan Langkah 2: Ahli no.1 dalam kumpulan akan memegang kad seperti kipas (nombor di belakang kad hanya dilihatboleh ahli 2,3,4). Ahli satu meminta ahli 2 mencabut satu kad kipas. Langkah 3: Ahli 2 membacakan soalan mengikut nombor soalan yang telah dicabut. Soalan ditujukan kepada ahli 3 dan beliau patut menjawab. Ahli 4 perlu member respond an pengukuhan kepada jawapan yang diberi. Jika jawapan perlu dibaiki, beliau boleh berbuat demikian Langkah 4: Seterusnya ahli 2 memegang kad kipas untuk dipilih dan dibaca oleh ahli 3. Ahli 4 mendengar dan member respons. Langkah 5: Aktiviti begini diteruskan sehingga semua ahli pasukan berpeluang untuk memagang kad kipas, membaca soalan, menjawab soalan dan mengukuh jawapan. BLIND SEQUENCING Langkah 1: Pelajar-pelajar membentuk pasukan. Mereka melantik ketua (nombor 1 dan yang diberinombor 2, 3, dan 4). Guru memberi gambar yang telah dipotong di dalam sampul surat kepada setiap pasukan. Langkah 2: Roiamah6894, [30.12.15 12:55] Setiap pasukan membuka sampul surat. Ketua menyusun potongan gambar dan kemudian membahagikannya kepada setiap ahli secara rawak. Seorang ahli boleh mendapat lebih daripada satu potongan gambar. Langkah 3: Setiap ahli meliohat gambar yang dipegang dan menjelaskan secara lisan tentang gambar tersebut kepada pasukan. Setiap daripada mereka tidak dibenarkan untuk melihat gambar rakan lain. Langkah 4: Setelah berbincang mereka nmenyusun startegi bagimana melengkapkan ganbar yang telah dipotong itu, mana yang dahulu dan mana yang kemudian supaya menjadi gambar yang sempurna.gambar-gambar itu diletakkan diatas meja dalam keadaan terbalik. Setelah berbincang, setiap orang daripada mereka membalikkan gambar ke atas dan membuat sama ada susunan gambar yang telah dipersetujui tadi betul atau tidak. Akhir sekali setiap ahli dalam pasukan membincangkan strategi yang telah mereka guna dalam menyusun gambar secara ‘blind sequencing’ COMMUNICATION SKILLS Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menyampai bahan dan idea dengan jelas, tersusun dan berstruktur berkait rapat dengan kemahiran komunikasi yang efektif. Oleh kerana struktur pembelajaran koperatif mengutamakan kerja dalam pasukan, dengan sendirinya kemahiran berkomunikasi mengukuhkan kemahiran pelajar untuk menjayakan pelaksanaan struktur ini. Talking Chip Langkah 1: Pasukan heterogen dan peranan ahli dalam pasukan ditentukan – ketua (K), pencatat (C ) pelapor (L ) dan pengukuh (U) Langkah 2: Empat biji chips yang berbeza diagihkan kepada setiap ahli pasukan. Guru menamakan setiap chips sebagai Chip 1, Chip 2, Chip 3 dan Chip 4 dan memberitahu pelajar bahawa chips tersebut hanya boleh digunakan dalam pusingan tertentu sahaja. Contohnya, chip 1 untuk Pusingan 1; chip 2 untuk Pusingan 2 dan seterusnya. Langkah 3: Guru mengemukakan tugasan kepada setiap ahli dan setiap ahli diminta memikirkannya dalam masa 3 minit. Masa untuk berhenti dikawal oleh guru dengan tepat. Langkah 4: Apabila masa perbincangan tamat, ketua meminta rakan di seelah kanannya (mengikut pusingan jam) member pendapat/menjawab tugasan. Selepas selesai, ahli tersebut meletakkan Chip 1 di atas meja untuk menandakan gilirasn sumbangannya. Sekiranya beliau enggan atau tidak member sumbangan, rakan disebelahnya tidak boleh member pendapat. Rakan itu perlu membantu untuk merangsang beliau bersuara. Jika perlu, rakan lain juga boleh membantu. Begitulah seterusnya. Untuk setiap idea yang bernas dan diterima semua, peneguhan diberi. Langkah 5: Untuk pusiongan kedua, laukan semula seperti langkah 2 hingga 4 (dengan meletakkan chip 1/chip 2/chip 3/chip 4 mengikut pusingan jam). Pastrikan semua ahli telah bersuara dan member idea sebelum pusingan baru dimulakan (masa boleh dikurangkan) PARAPHRASE PASSPORT Langkah 1: Peserta dalam pasukan diberi nombor 1, 2, 3 dan 4. Pensyarah member tugasan kepada ketua dan peserta 2, membacakan tugasan Peserta diberi masa 3 minit untuk memikirkan akan idea atau penyelesaian kepada tugasan. Langkah 2: Ketua memberi jawapan atau idea dan menyampaikannya dengan jelas. Peserta 2 mengulang apa yang diberi oleh ketua dengan tepat. Peserta 1 akan menentukan sama ada idea yang disampaikan oleh peserta 2, boleh diterima atau tidak. Ini dikukuhkan oleh peserta lain dalam pasukan. Langkah 3: Setelah peserta 3 dan 4 setuju akan jawapan Peserta 2, baharulah peserta 1, member responnya sendiri kerana tugasan tadi. Sebelum peserta 3, boleh memberi pendapat atau idea, beliau perlu mengulang semula jawapan pewserta 2, dan dinilai oleh rakan-rakannya yang lain. Begitulah seteruanya. Pensyarah menerangkan ini berlangsung sedemikian untuk memastikan ada orang yang diberi giliran bercakap dan ada yang menjadi pendengarnya. Jika peserta tertentu tidak dapat mengulang semula, ini berpunca daripada dua sebab: maklumat tidak difahami Atau pendengar tidak member tumpuan. Ini juga untuk memastikan idea seseorang itu diberi reaksi apabila tiba masa untuk berbuat demikian. TEAM STAND – N - SHARE Main Peranan Roiamah6894, [30.12.15 12:55] Merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain.Dalam kaedah ini pelajar berpeluang untuk beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Setiap individu lebih melibatkan diri memainkan peranan sebagai individu dan biasanya tidak ada masalah yang perlu diselesaikan. Kaedah ini juga lebih menekankan kepada kualiti dan mutu aksi yang dihasilkan oleh setiap peserta, serta kepekaan peserta terhadap keperluan peranannya. Kaedah ini boleh melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar. Kaedah ini dapat membantu pelajar-pelajar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnay membina keyakinan diri mereka. Selain itu aspek-aspek seperti kemairan bahasa dan memahami laras-laras bahasa juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Memerihal : Satu cara berkomunikasi di mana peserta memerihal sesuatu atau masalah. Contohnya, pelajar menjadi wartawan dan menyoal penduduk yang menghadapi masalah sampah yang tidak dipungut. Demonstrasi : Menunjukkan cata melakukan sesuatu tingkahlaku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohinya. Misalnya seorang pelajar sedang menggunakan masa lapangnya dengan berfaedah menolong ibu bapa di rumah. Latihan : Melatih pelajar menggunakan perkhidmatan kemudahan awam seperti membuat panggilan telefon atau semasa mahu melintas jalan raya. Cerminan : Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkahlakunya dilihat oleh orang lain. Misaalnya membantu orang buta melintas jalan. Kepekaan : Satu cara memberi kesedaran kepada pelajar tentang perasaan orang lain. Dapat menanamkan rasa simpati dan empati. Misalnya pelajar memainkan peranannya sebagai anak yatim piatu yang hidup dalam serba kesusahan. |
Murid membuat pembentangan selepas aktiviti kolaborasi dalam kumpulanContoh hasil kerja kumpulan murid
|